Hari ibu tahun ini, saya menerima banyak ucapan hari ibu dari teman, murid dan jemaat. Dalam banyak-banyak ucapan itu saya sangat geli hati dengan yang ini;
To all mothers PLEASE READ THESE.....: It's NORMAL when u're in ur 20's, u'll look very 'MENGANCAM'....When u're @ 30's, u begin to behave 'BERMACAM2...when u turn 40's - 50's, u'll feel 'TERANCAM' and sadly, when u reach above 60's, orang langsung tak boleh 'CAM' !! Happy mother's Day!! Hope that we will all maintain 'MENGANCAM...! bye..
Ini pula jawapan seorang sahabat saya in response to the above message:
Ha ha ha.. thks dr. U memang mengancam. I udah satu macam......iaitu BULAT....ha ha ha.
Pembaca blog sekalian .... saya dah 30's...lah, ha ha ha he he he
Thursday, July 23, 2009
Tuesday, July 21, 2009
MALAM 'ABBA' 2009
MALAM ANUGERAH BINTANG BERSINAR ALTAR (ABBA), 2009
SIB On The ROCK melalui bidang pelayanan Altar (saya adalah Ketua Bidangnya) telah mewujudkan satu anugerah untuk menghargai ahli-ahli Pelayanan Altar dan penari –penarinya selama ini. Anugerah-anugerah ini akan disampaikan pada Malam ABBA pada 26.07.2009, 7.00pm di Eastwood Resort, Miri, Sarawak.
Sistem untuk memilih penerima-penerima anugerah untuk julung kali ini ialah melalui sistem undian. Undian telah dijalankan pada Ahad 19.07.2009 yang lepas. Antara anugerah – anugerah yang dipertandingan bagi tahun ini adalah;
KATEGORI ANUGERAH SPESIFIK:
1. Anugerah Pemuzik Popular, 2009.
2. Anugerah Back-up Singer Popular, 2009.
3. Anugerah Juru PA Sistem Popular, 2009.
4. Anugerah Juru LCD Popular, 2009.
5. Anugerah Worship Leader Popular, 2009.
6. Anugerah Koreographer Popular, 2009.
7. Anugerah Penari Lelaki Popular, 2009.
8. Anugerah Penari Perempuan Popular, 2009.
9. Anugerah Penari Muda Harapan, 2009.
10. Anugerah Lagu Paling Popular, 2009.
KATEGORI ANUGERAH UMUM:
1. Anugerah Altar Paling Bergaya Lelaki, 2009.
2. Anugerah Altar Paling Bergaya Perempuan, 2009.
3. Anugerah Altar Paling Cool, 2009.
4. Anugerah Altar Paling Blur, 2009.
5. Anugerah Altar Kuat Ketawa, 2009.
6. Anugerah Altar Kuat Nangis, 2009.
7. Anugerah Altar Paling Lawak, 2009.
8. Anugerah Altar Paling Serius, 2009.
9. Anugerah Altar Paling Komited, 2009.
10. Anugerah ABBA, 2009 ( Anugerah utama yang menjadi rebutan !)
Siapakah yang akan memenangi dan membolot anugerah-anugerah di atas? Nantikan 26.07.09 ini di Eastwood. Dapatkan tiket dinner dengan harga RM35.00 seorang daripada Sis. Emma, Sis. Fiona dan Sis. Mina. Tema adalah ‘ala-ala prompt nite’ – ee... aku pun tak faham, cuma pastikan anda datang dengan penuh glamor macam bintang-bintang ‘eastwood’ ya….ok?
See u there.
Love always

Monday, July 20, 2009
I am the Preacher's Wife by Diane Pellin
"I am the woman who proudly sits in the shadows as her husband stands in the light. I am the one who knows her husband is a gift from God, and so I give him back to my Lord through his full-time service. Often times, I am so lonely for him because I share him with others.
But I am so pleased that he gives of himself so unselfishly. I am the one who encourages the preacher when others sometimes fail to. I am the one who listens to his dreams for the church and helps him look into the future and see his dreams become a reality.
And when others wonder if he really cares, I am the one who sees him on his knees, shedding tears for the future of the Lord's church."
hisdora response : I know we are a team who yoked together to do God's work. I am so blessed to be a preacher's wife.
The Pastor's Wife
The Pastor's wife is the only woman I know who asked to work full time without pay on her husband's job, in a role no one has yet defined.
By: Ruthe White
....akan ada banyak lagi...
Pembaca sekalian, It has been so long saya tidak update blog ini. But PTL, dengan banyak kemudahan yang ada, saya akan menggunakan semua peluang ini untuk menulis dalam blog ini pada masa-masa akan datang. Terima kasih kerana menantikan kemunculan artikel2 dari saya tidak lama lagi.
His Queen,
Dora
His Queen,
Dora
Thursday, December 11, 2008
Tuesday, November 18, 2008
KESAKSIAN SIS. BUNGAN ANYI SEMPENA PRINCESS NITE 2, 2008
Shalom dan selamat datang kepada semua Putri yang hadir pada malam ini. Saya sangat bersyukur kerana dapat menyaksikan kesaksian hidup saya pada malam ini.
Nama saya Bungan Anyi, berbangsa Kayan. Saya dilahirkan dalam keluarga dan kampung orang Kristian. Suami saya berbangsa Iban dan kami mempunyai 5 orang anak.
Sebelum datang ke gereja SIB On The Rock pada pertengahan 2005, sebenarnya sudah lebih dari 10 tahun saya tidak pernah memijak kaki ke mana-mana gereja. Selama lebih 10 tahun tidak ke gereja itu saya telah jatuh sangat dalam ke dalam dosa. Antara perkara-perkara melanggar perintah Tuhan yang telah saya lakukan adalah;
1. Menggunakan azimat/ubat guna-guna untuk menundukkan suami atau mendapat kasih sayang suami.
2. Saya juga mengalami tekanan dalam perkahwinan dan tekanan dalam membesarkan anak-anak sehingga saya sangat stress! Ada kawan-kawan saya yang menyatakan pada saya pada ketika itu bahwa saya ini kelihatan seperti orang gila kerana tidak dapat mengendalikan stress saya itu.
3. Saya juga pernah merancang untuk membunuh diri.
Pertama kali saya hadir ke gereja SIB On The Rock, saya tahu bahwa hadirat Tuhan sangat nyata. Saya merasa sejuk dan bergetar badan saya sepanjang ibadah. Apabila Pastor menyampaikan Firman Tuhan, saya rasakan bahwa Firman Tuhan itu menembak-nembak saya/dosa yang saya lakukan. Walaupun khotbah Pastor seperti menembak saya tapi saya tidak sakit hati, cuma saya hairan kenapa Pastor tahu apa yang saya alami dan kenapa khotbah-khotbahnya itu seperti ditujukan khas untuk saya saja. Saya pernah menceritakan kepada suami saya begini, " Eh! Kenapa khotbah Pastor itu seperti ditujukan khas kepada saya saja ha?"
Namun, dari minggu ke minggu saya makin haus dan lapar akan Firman Tuhan dan mau mengalami hadirNya dalam hidup ssya. Akhirnya saya menyerahkan hidup saya semula kepada Tuhan dan komited untuk meninggalkan dosa-dosa masa lalu saya. Mulai saat itu, saya dan keluarga telah menyertai Komsel SIBOTR dan bertumbuh dalam keluarga besar SIBOTR. Saya mulai mengalami pemulihan dami pemulihan dalam hidup saya dan keluraga. Mukjizat-mukjizat juga mulai terjadi dalam hidup saya dan saya istiharkan bahwa mukjizat-mukjizat akan terus saya alami selamanya, Amen.
Selepas menyerahkan hidup saya sepenuhnya kepada Tuhan, kini hidup saya lebih tenang dan bererti. dulu saya ingat saya tidak mampu untuk melakukan sesuatu untuk Tuhan tetapi oleh anugerah Tuhan saya telah dapat mengetuai salah satu Komsel gereja setakat ini. Anak sulung kami juga mengalami kesembuhan. Sebelum ini dia pernah berhenti bernafas sebanyak 3 kali. Saya juga mendapat karunia-karunia rohani seperti karunia penglihatan. Tuhan membuka mata rohani saya untuk melihat penglihatan hampir setiap kali ketika berdoa. Haleluya.
Saya di sini bukan ingin membesar-besarkan gererja SIBOTR, pastornya atau pemimpinnya tetapi untuk meyaksikan pekerjaan Tuhan melalui gereja dan hamba-hambanya yang setia. Tuhan telah menyediakan upah yang besar di Surga bagi mereka. Jika ada diantara ibu-ibu yang datang pada malam ini yang pernah mengalami keadaan hidup seperti saya atau seakan-akan sama dengan saya, saya dorong anda untuk datang kepada Tuhan. Sama seperti Tuhan Yesus menyelamatkan saya, menyembuhkan saya, melepaskan saya, memulihkan saya, saya percaya Yesus juga sanggup melakukan perkara yang besar dalam hidupmu, asal saja engkau percaya. Serahkan hidupmu kepada Yesus kerana Yesuslah jawaban bagi semua masalah dan badai dalam hidup kita, Amen. Sekian saja kesaksian saya, Tuhan memberkati.
Thursday, November 13, 2008
Bagi pihak gereja SIB On The Rock (SIBOTR) dan Pelayanan Putri SIBOTR, saya ingin mengalu-alukan kedatangan semua Putri-Putri yang cantik jelita ke malam Princess Nite2, 2008. Oleh karena anugerahNya, kita dimampukan sekali lagi untuk menganjurkan Princess Nite untuk kali kedua. Kalau tahun lepas kita dapat menempah 10 meja, tahun ini kita dapat menempah 20 meja untuk acara ini. Haleluya.
Malam Princess Nite dirancang dengan 3 matlamat utama;
1. Mencipta satu time out untuk semua Putri supaya dapat keluar dari ruang gereja untuk mengadakan aktiviti ke suatu suasana yang lebih santai/unik dan lain dari biasa.
2. Evangelistik/Penginjilan : Sepanjang tahun biasanya ramai ibu-ibu yang telah mengalami penerobosan ( breakthrough ) dalam hidupnya. Malah ada juga yang mengalami pemulihan, kesembuhan dan mukjizat-mukjizat sepanjang tahun. Jadi kita akan menampilkan beberapa orang ibu untuk menyampaikan kesaksian peribadi mereka agar menjadi berkat bagi semua Putri yang hadir. Dengan mendengar kesaksian-kesaksian hidup yang nyata ini, kita aka terus bersyukur dan memuliakan Tuhan dan ianya pasti dapat menjadi dorongan/teladan bagi Putri yang lain.
3. Menyatakan kasih dengan memberi sebanyak-banyak anugerah/penghargaan pada malam ini kepada Putri-Putri.
Biar saya ambil kesempatan ini untuk menceritakan serba sedikit tentang sejarah Putri. Sebenarnya nama Putri/Putra/YB/Anak Kega adalah seusia dengan gereja kita. Tetapi pergerakan hanya aktif apabila Sis. Helen Ukong mulai mempengerusikannya 5 tahun yang lalu. Ini kerana pada peringkat hanya sedikit ibu yang hadir di SIBOTR, dan kalau ada pun biasanya ibu-ibu muda yang kurang pasti bagaimana agaknya untuk menjalankan aktiviti-aktiviti untuk Putri.
Mengapa namanya Putri? Ya! Pertama sekali kita harus ingat visi gereja SIBOTR iaitu " Menjadi gereja Kontemporari, Penyayang dan bergerak dalam urapan kuasa Roh Kudus". Semua macam dah hafalkan? Suatu ketika dulu saya selalu mendengar keluhan kaum-kaum ibu di kampung yang mengeluh bahwa ibu-ibu muda (kategori umur 20-40 tahun) tidak mau menghadiri kebaktian kaum ibu. Dan saya lihat senario ini tidak berlaku di kampung sahaja tetapi juga di bandar. Anak-anak remaja putri yang baru menamatkan zaman bujangnya seperti hilang tempat untuk meneruskan pelayanan mereka. Keluhan-keluhan ini membuat saya berfikir panjang mencari jalan penyelesainnya. Memandangkan pada awal permulaan gereja SIBOTR dulu ramai golongan muda ini mendorong saya untuk berdoa dan berfikir panjang tentang strategi-strategi menjangkau ibu-ibu muda.
Akhirnya, selepas mendapat restu suami, saya mengambil keputusan untuk mengaktifkan Putri dengan aktiviti-aktiviti kontemporari yang sesuai dengan keperluan ibu-ibu muda ini. Di SIBOTR, kami komited untuk menjangkau ibu-ibu muda ini. Oleh yang demikian acara-acara yang dirancangkan mesti sedaya upaya untuk memenuhi keperluan-keperluan ibu-ibu muda/young mothers ini. Salah satu contohnya adalah acara Princess Nite. Tetapi oleh kemurahan Tuhan, bukan ibu-ibu muda sahaja yang menjadi ahli Putri. Ibu-ibu yang 40 tahun ke atas dan nenek-nenek pun setia menghadiri kebaktian Putri. Ada yang terlibat aktif dan ada yang memberi sokongan moral dan doa yang penuh ( Saya bangga memiliki kalian ). AJK Princess Nite sendiri terdiri dari golongan ibu tua dan muda yang seimbang. Generasi tua dan muda dapat saling melayani tanpa rasa curiga, tiada rasa rendah diri dan kita saling terbuka. Pada saya ini adalah anugerah Tuhan yang luarbiasa bagi Putri. Putri sekalian, apabila fokus kita tepat, visi kita sama, roh kita satu, kita akan saling membangun, saling mengasihi dan saling melayani shingga kita lupa jurang perbedaan umur di antara kita. Amen
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada:
1. Pr Agnes Jirin sebagai pengkhotbah jemputan
2. Semua AJK Princess Nite2, 2008 yang diketuai oleh Sis. Ivy Lian
3. Bakal-bakal Putri ( remaja putri ).
4. Bakal-bakal Putra yang menjadi sida-sida raja yang setia pada malam ini.
5. Semua ahli-ahli Putri SIBOTR yang sporting dengan Tema dan Dress Code malam ini. Anda semua luarbiasa.
6. Putri-putri dari gereja lain / teman-teman dari gereja lain.
Tema tahun ini adalah His Queen. Sesuai dengan tema ini, maka AJK telah memutuskan bahawa dress code yang bersesuaian adalah Wedding Dress/baju pengantin. Kita adalah Ratu pilihanNya yang akan memerintah bersama Dia selamanya. Lets enjoy dalam hadirat Tuhan pada malam ini. Tuhan memberkati.
Dalam KasihNya
Sis. Dora

Subscribe to:
Posts (Atom)